NASIB GOLONGAN MISKIN TEGAR TERUS JADI KEUTAMAAN KERAJAAN PERPADUAN – ANWAR
“Soal kebajikan kita panggil program Rahmah. Itu kita akan jadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin, terutama miskin tegar yang menjadi keutamaan kita dalam pentadbiran kerajaan sekarang,”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) bersalaman dan beramah mesra semasa mengadakan pertemuan bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebajikan golongan miskin terutama miskin tegar akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata pendekatan berkonsepkan ‘Rahmah’ juga akan terus ditekankan dalam semua program kerajaan di bawah pentadbirannya.
“Soal kebajikan kita panggil program Rahmah. Itu kita akan jadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin, terutama miskin tegar yang menjadi keutamaan kita dalam pentadbiran kerajaan sekarang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anwar berkata beliau mahu memastikan tumpuan lebih diberikan terhadap projek pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir, berbanding projek-projek besar atau mega.
Anwar juga berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri di bawah pemerintahan blok pembangkang demi kesejahteraan rakyat.
Anwar turut mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan Kerajaan Persekutuan agar meningkatkan usaha dan tahu mengenai keutamaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Ditanya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, beliau berkata perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan dan ia merupakan urusan di peringkat kerajaan negeri
“Kalau idealnya semua sekali (PRN diadakan serentak di enam negeri). Tetapi ia bukan di bawah bidang kuasa saya,” kata beliau.
Menurut Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), urusan pembahagian kerusi dalam kalangan pakatan itu untuk PRN termasuk di Terengganu juga masih terlalu awal untuk diputuskan kerana pada masa ini beliau mahu menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran kerajaan.
Malah kata beliau, sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu pagi tadi juga tidak menyentuh mengenai PRN. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager