“Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA. Tiada apa-apa berunsur peribadi dengan keputusan ini, kita ingin jadikan insiden ini sebagai pengajaran agar ia tidak berulang.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sidang media bersama di Kementerian Belia dan Sukan hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Lesen jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya dibatalkan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata jurulatih itu yang juga seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk untuk murid sekolah.
Hannah berkata Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah memuktamadkan siasatan insiden itu dan sebulat suara memutuskan jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan menjadi jurulatih.
“Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA. Tiada apa-apa berunsur peribadi dengan keputusan ini, kita ingin jadikan insiden ini sebagai pengajaran agar ia tidak berulang.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian senada dengan MAVA membatalkan lesen jurulatih itu,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di sini hari ini.
Jurulatih terbabit, Saiful Hadee Amar, 44, sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia berdepan tindakan, susulan kejadian itu yang berlaku ketika kejohanan di Johor pada 14 hingga 16 Sept tahun lepas tular baru-baru ini.
Hannah berkata susulan insiden itu, pihaknya menyedari bahawa terdapat keperluan untuk semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada Skim Perlesenan Kebangsaan (SLLK) dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPPK).
Sementara itu, beliau berkata KBS telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara supaya memastikan pelaksanaan peraturan mewajibkan jurulatih memperbaharui lesen setiap dua tahun.
“Ia diperketatkan lagi bagi memastikan jurulatih sukan negara sentiasa dipantau perkembangan dan keaktifan karier kejurulatihan mereka, ia juga membolehkan AKK dan pemegang taruh mengemas kini data dan membantu jurulatih meningkatkan kemahiran mereka melalui upskilling dan reskilling (peningkatan kemahiran dan pemahiran semula),” katanya.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM selesai menjalankan siasatan insiden itu dan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil sebarang tindakan berkaitan.
“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak dingini,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests