KETETAPAN BAHARU BILANGAN JEMAAH MASJID, SURAU DI SELANGOR

SHAH ALAM: Ketetapan baharu dikeluarkan bagi bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat tarawih di semua masjid dan surau di enam daerah di Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daerah yang terlibat merupakan daerah Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor, bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.

Bilangan jemaah untuk solat sunat tarawih dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Sementara itu, bagi Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah, manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) di Masjid Institusi manakala di Surau Solat Jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).

Dalam kenyataan tersebut juga menyatakan bagi surau kariah, solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.

Bagaimanapun, ketetapan terdahulu masih kekal bagi solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih bagi daerah terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Leave a Reply