Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI DIBENARKAN WALAUPUN PKP

DALAM NEGARA

BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI DIBENARKAN WALAUPUN PKP

Sumber Gambar: UtusanTV / Abd Razak Aid

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di beberapa daerah negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, aktiviti bazar dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ketat.

“Kerajaan Johor memutuskan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk tiga daerah yang dikuatkuasakan PKP iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi yang bermula esok dibenarkan untuk diteruskan.

“Pengoperasian bazar Ramadan bagi tiga daerah berkenaan dibenarkan dari jam 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di tiga daerah Johor (Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi) yang berkuatkuasa pada 7 Mei hingga 20 Mei.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading