AMPANG: Sepasang suami isteri yang merupakan pengurus sebuah tahfiz telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang kerana didakwa mendatangkan kecederaan dan merotan mangsa berusia tujuh tahun, pada Mac lalu.
Bagaimanapun, Norizan Yahya, 53 dan suaminya, Muhammad Yaqoob, 35, warga Pakistan, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar dan Majistret Normaizan Rahim.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Norizan didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap seorang pelajar lelaki berusia tujuh tahun enam bulan, di Taman Tun Abdul Razak, di sini, antara jam 6 petang, 9 Mac hingga 23 April lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Muhammad Yaqoob dituduh mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan terhadap mangsa sama, di tempat, tarikh dan masa sama serta didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah dan Suriantiazilla Muhammad, masing-masing membantah sebarang jaminan diberikan terhadap Norizan dan Muhammad Yaqoob kerana membabitkan kesalahan serius.
Sementara itu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam Dony Abdullah, memohon dibenarkan ikat jamin rendah.
Tertuduh, Norizan menghidap penyakit sendi, jantung dan kencing manis, manakala suaminya mempunyai dokumen visa yang sah.
Kedua-dua tertuduh dalam kes ini adalah pengurus tahfiz berkenaan dan sepanjang direman selama 12 hari, pusat itu tidak beroperasi.
Mahkamah membenarkan Norizan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Muhammad Yaqoob pula dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked