KUALA LUMPUR: Menyedari risiko krisis global dan selaras mandatnya sebagai badan kemanusiaan perubatan antarabangsa, MERCY Malaysia hari ini melancarkan Tabung COVID-19 India MERCY Malaysia (MERCY Malaysia India COVID-19 Fund) bagi membantu negara itu yang terjejas teruk akibat COVID- 19.
Gelombang kedua COVID-19 di India menunjukkan peningkatan mendadak kes sejak dua minggu lalu dengan angka tertinggi melebihi 400,000 kes positif sehari direkodkan pada 1 Mei, menyaksikan kesesakan luar biasa di hospital, rumah mayat dan tempat pembakaran mayat (crematorium).
Sebelum itu, India mencatatkan lebih 300,000 kes harian selama 10 hari berturut-turut, berada pada kedudukan kedua dunia selepas Amerika Syarikat, dengan merekodkan lebih 20 juta kes positif COVID-19 dan lebih 222,000 maut (Sumber: worldometers.info sehingga 4 Mei 2021).
Majoriti warga India, khususnya kelompok miskin, berdepan dengan kesukaran mendapatkan rawatan, ubat-ubatan dan bekalan oksigen yang kini berada pada tahap kritikal. Antara kawasan terjejas teruk adalah kawasan berpopulasi tinggi seperti Maharashtra, Gujarat, New Delhi dan wilayah utara Uttar Pradesh.
Terkesan dengan situasi mendesak di India itu, MERCY Malaysia memerlukan dana untuk membeli dan menghantar peralatan perubatan dan kesihatan bagi meringankan usaha bantuan kecemasan bagi kelompok terjejas.
Laporan PATH Oxygen Needs Tracker menyatakan India, yang diberi jolokan sebagai farmasi dunia dan selaku pengeluar vaksin COVID-19, kini menjadi negara yang amat memerlukan bekalan oksigen selain berdepan dengan kekurangan katil dan mesin pernafasan untuk merawat pesakit COVID-19 yang kritikal.
Presiden MERCY Malaysia, Profesor Dato’ Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata,
“MERCY Malaysia akan membekalkan peralatan berkaitan pernafasan seperti ISO containers, oxygen concentrators, cylinders for liquid and oxygen gas, bi-level positive airway pressure (BiPAP machines) dan high flow nasal cannula (HFNC). Usaha ini akan dilakukan bersama-sama rakan strategik kami di India yang akan berurusan secara langsung dengan hospital dan pembekal kesihatan di sana”.
Pada masa yang sama MERCY Malaysia terus melipatgandakan program-program kesihatan dan kemanusiaan di tanah air.
“Menyedari keadaan yang belum pulih di Malaysia, MERCY Malaysia komited dengan Strategi Kesiapsiagaan dan Pelan Tindakan COVID-19 kami, termasuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kempen advokasi vaksin dan menyalurkan bantuan kepada fasiliti kesihatan di Kelantan dan Sarawak yang kini terjejas akibat gelombang keempat COVID-19,” jelas Dr Ahmad Faizal.
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara lebih setahun lalu, MERCY Malaysia telah menyalurkan bantuan peralatan perubatan di hospital dan fasiliti kesihatan di seluruh negara; melaksanakan program saringan COVID- 19 dan menghantar sukarelawan perubatan dan bukan perubatan ke lokasi yang memerlukan.
MERCY Malaysia juga membuka talian hotline MERCY Malaysia Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) bagi orang awam, termasuk petugas barisan hadapan dan kanak-kanak, di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
MERCY Malaysia turut mengagihkan 200,000 pek makanan dan 40,000 kit kebersihan selain menjalankan projek menjahit PPE kumpulan B40 dan projek kios basuh tangan (handwashing kiosk) di sekolah-sekolah di seluruh negara dalam fasa sama.
Sebarang sumbangan untuk Tabung COVID-19 India MERCY Malaysia boleh disalurkan kepada MERCY Humanitarian Fund 5621 7950 4126 (Maybank) dengan rujukan: COVID-19 India atau layari www.mercy.org.my. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager