Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAJIB RAZAK, PENGURUS RESTORAN DIKOMPAUN LANGGAR SOP

DALAM NEGARA

NAJIB RAZAK, PENGURUS RESTORAN DIKOMPAUN LANGGAR SOP

Sumber Gambar: The Edge / Shahrin Yahya

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah restoran nasi ayam di Bukit Bintang, pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara hari ini dengan keputusan mengenakan kompaun.

“Najib dikenakan kompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Kesalahan pertama apabila beliau gagal mengimbas suhu badan semasa memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng dan kesalahan kedua pula, gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, pengurus restoran tersebut turut dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib untuk membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana yang disyaratkan dalam SOP.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading