Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PADAH BERGURAU, POLIS MAUT DITEMBAK

DALAM NEGARA

PADAH BERGURAU, POLIS MAUT DITEMBAK

SIBU: Seorang anggota polis bertaraf konstabel percubaan maut setelah dipercayai ditembak di bahagian kanan kepalanya, dalam kejadian di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa yang berasal dari Pahang itu baru sahaja bertugas selama satu bulan di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, lapor Utusan Borneo.

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah,” katanya.

Stanley mengulas, kejadian berlaku di rumah sewa lima rakannya, dan mangsa tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

“Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa,” tambahnya.

Mengikut kronologi, seorang suspek dipercayai bergurau dengan mengacukan pistol ke arah kepala mangsa sebelum tertekan picu dan tertembak.

Sewaktu kejadian, seorang saksi berada di luar rumah sedang membasuh motosikal manakala mangsa berada di ruang tamu.

Insiden disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading