Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PALESTIN SYAHID DITEMBAK TENTERA ISRAEL

DUNIA

REMAJA PALESTIN SYAHID DITEMBAK TENTERA ISRAEL

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin maut ditembak tentera Israel, pada Rabu malam berhampiran bandar Nablus di utara Tebing Barat.

Lapor Agensi Berita Xinhua, dalam kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa berusia 16 tahun telah ditembak semasa penunjuk perasaan dan tentera Israel bertempur di kampung Oudla, selatan Nablus.

Bagaimanapun, seorang lagi remaja Palestin cedera dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, saksi kejadian berkata setiap hari berlaku tunjuk perasaan dan pertempuran di Nablus dan beberapa kampung di sekitarnya berikutan serangan tentera Israel ke atas kediaman penduduk Palestin.

Tentera Israel dikatakan sedang memburu lelaki Palestin yang melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan menyebabkan tiga warga Israel cedera, tiga hari lalu.

Namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading