Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PAKSA ANAK DUA TAHUN HISAP VAPE DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI PAKSA ANAK DUA TAHUN HISAP VAPE DITAHAN

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki memaksa anaknya yang berusia dua tahun setengah menghisap rokok elektronik atau ‘vape’.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak semalam, selepas pihaknya serta Jabatan Kebajikan Masyarakat pergi ke rumah mereka di Kampung Baru Air Panas.

“Kedua-dua ibu dan anak dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan perubatan dan mereka dimasukkan ke wad di hospital itu.

“Siasatan awal mendapat kejadian berlaku pada Ahad di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, di sini,” katanya.

Suspek direman tujuh hari mulai esok hingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun menghisap rokok elektronik (vape) yang disuapkan kepadanya, sambil menonton video animasi.

Video tersebut menunjukkan reaksi kanak-kanak itu tidak selesa setelah dipaksa menghisap vape.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading