Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KETIADAAN TINDAKAN GLOBAL MUDAHKAN ISRAEL LUASKAN PERANG SERANTAU – LIGA ARAB

DUNIA

KETIADAAN TINDAKAN GLOBAL MUDAHKAN ISRAEL LUASKAN PERANG SERANTAU – LIGA ARAB

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit meluahkan kebimbangan terhadap tindakan Israel terhadap penduduk Gaza, mendakwa masyarakat antarabangsa gagal melindungi orang awam Palestin dan menghentikan perluasan perang serantau oleh Israel.

Sumber Gambar: AFP

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit meluahkan kebimbangan terhadap tindakan Israel terhadap penduduk Gaza, mendakwa masyarakat antarabangsa gagal melindungi orang awam Palestin dan menghentikan perluasan perang serantau oleh Israel.

Beliau menegaskan bahawa ketiadaan tindakan global yang berterusan, kini sehingga sudah lebih setahun dan kesenyapan negara-negara yang bersekutu dengan Israel menjadikan negara-negara ini sebagai pihak yang bersubahat dalam pencerobohan Israel terhadap Gaza, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA)

Bercakap pada Forum Serantau Kesembilan Kesatuan untuk Mediterranean, yang diadakan di Barcelona, Aboul Gheit menyatakan bahawa kelemahan antarabangsa telah membolehkan Israel meningkatkan permusuhan serantaunya, menyebabkan penderitaan baharu untuk rakyat Lubnan yang kini turut dibedil.

Beliau berkata di Gaza, 90 peratus penduduk telah dipindahkan, sesak dalam khemah sementara di hanya 10 peratus daripada wilayah berkenaan.

Aboul Gheit menyeru peserta forum untuk mengambil teladan daripada negara-negara Eropah yang baru-baru ini mengiktiraf negara Palestin merdeka dalam sempadan 4 Jun 1967.

Beliau turut menyeru supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di Lubnan dan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 bagi memastikan keselamatan berpanjangan di sepanjang sempadan.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa bertanggungjawab atas berlanjutannya perang ini, menuntut tindakan segera untuk menamatkan keganasan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading