RINGGIT MENINGKAT SEMULA, DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR AS
Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.
Pada pukul 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3580/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3605/3640 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 104.316 mata kerana pasaran menunggu keputusan daripada kedua-dua peristiwa itu minggu depan.
Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 Nov, 2024 manakala mesyuarat FOMC akan berlangsung pada 6 hingga 7 Nov, 2024.
“Kita semua boleh bersetuju bahawa ekonomi AS masih berdaya tahan berbanding rakannya daripada kalangan G7, membolehkan Rizab Persekutuan AS mengambil masa untuk melonggarkan dasar monetari.
“Dalam konteks ini, pelabur berkemungkinan cenderung kepada dolar AS susulan keadaan ketidaktentuan yang ketara,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata kesungguhan dalam pilihan raya presiden AS akan terus menguasai sentimen pasaran, manakala petunjuk ekonomi seperti pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran tidak diberikan banyak perhatian oleh pelabur.
Beliau menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS, didorong oleh peristiwa luar.
Ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama pagi ini.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8471/8515 daripada 2.8521/8545 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding pound British kepada 5.6549/6634 daripada 5.6564/6610.
Ringgit lebih stabil berbanding euro kepada 4.7145/7215 daripada 4.7159/7197.
Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2955/3007 daripada 3.2979/3008 semalam, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.1/277.6 daripada 277.2/277.6.
Bagaimanapun, ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.49, dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9015/12.9303 daripada 12.8780/8933 semalam. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.