Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Ketua Hakim Negara didesak letak jawatan

DALAM NEGARA

Ketua Hakim Negara didesak letak jawatan

Video tular membabitkan tokoh-tokoh penting dalam institusi kehakiman dan perundangan negara sedang berdansa dalam satu majlis makan malam Opening of Legal Year (OLY) Sabah dan Sarawak baru-baru.

SHAH ALAM – Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum didesak oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) meletak jawatan dengan cara terhormat bagi memastikan integriti dan kehormatan institusi kehakiman negara terus terbela.

Presidennya, Muhammad Ikhwan Nasyriq Salahin berkata, ini kerana pembabitan tokoh-tokoh penting dalam isu tarian yang menjadi tular itu telah memberi satu tanggapan dan kritikan negatif kepada sebuah institusi yang mempunyai peranan besar dalam urus tadbir negara.

“Sehubungan itu, Gamis mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ketua Hakim Negara yang bercanggah dengan Warta Kerajaan yang bertarikh 25 Jun 2009 iaitu Kod Etika Hakim 2009,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Menurutnya lagi, adalah tidak wajar bagi tokoh-tokoh yang memegang jawatan penting dalam urus tadbir negara terlibat dengan aktiviti sosial sedemikian, meskipun ia merupakan amalan biasa bagi sesetengah agama.

“Sudahlah rakyat dibebankan dengan menteri yang silap titik perpuluhan, bergambar di dalam tab mandi tanpa berbaju, minta penoreh getah untuk menoreh ketika musim tengkujuh.

“Kita tidak mampu tanggung lagi beban sebegini dengan membiarkan jawatan penting negara diisi oleh individu-individu yang gagal membela kehormatan diri mereka sendiri,” jelasnya lagi.

Penularan video membabitkan tokoh-tokoh penting dalam institusi kehakiman dan perundangan negara sedang berdansa dalam satu majlis makan malam Opening of Legal Year (OLY) Sabah dan Sarawak baru-baru ini terus mendapat kecaman ramai.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading