Setiausaha Rendah (Undersecretary) Ketua Pengarah Agensi Bahasa-Bahasa dan Terjemahan di Jabatan Hal Ehwal al-Haramani (Tow Holy Mosque) Ahmad bin Abdul Aziz al-Humaidi berkata khutbah Afafah akan disiarkan dalam 20 bahasa pada tahun ini 1444H/2023M. –fotoBERNAMA
MAKKAH: Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim haji 1444H/2023M akan disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa termasuk Bahasa Melayu.
Setiausaha Bahagian Agensi Bahasa-Bahasa dan Terjemahan di Jabatan Hal Ehwal al-Haramain, Ahmad bin Abdul Aziz al-Humaidi berkata pada tahun ini ada enam bahasa baharu iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia ditampilkan, sebagai tambahan bahasa untuk terjemahan khutbah Arafah.
“Lebih dari 274 juta orang di seluruh dunia telah mendapat akses kepada khutbah Arafah pada musim haji tahun 1443H/2022M yang lepas hasil tranformasi digital dalam bidang teknologi maklumat,” katanya.
Ahmad berkata demikian kepada petugas media daripada agensi dan organisasi pelbagai negara yang menyertai program Media Partnerships For Hajj Season 2023 anjuran Kementerian Media Arab Saudi, Sabtu.
Delegasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang merupakan antara tetamu Saudi Press Agency (SPA), turut menyertai program anjuran Kementerian Media itu.
Ahmad berkata bagi musim haji 1444H/2023M ini pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 300 juta pendengar dapat mengikuti khutbah Arafah di seluruh dunia.
“Kami telah mengesan bahawa penduduk di Amerika Selatan tidak mendapat akses untuk mendengar khutbah Arafah pada musim haji tahun lepas.
“Justeru, kami permudahkan akses dengan menyediakan perisian yang boleh dimuat turun dari laman web agensi ini dan di semua platform media sosial,” katanya.
Beliau berkata terdapat lebih 40 penterjemah terlatih dan berpengalaman di agensi itu, dan bagi menjaga ketepatan maksud khutbah, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (MA), ijazah sarjana muda (BA) dalam bidang bahasa selain latar belakang pengajian Islam di institusi pengajian tinggi.
Antara bahasa utama untuk terjemahan ialah Inggeris, Perancis, Mandarin, Benggali, Rusia, Melayu, Urdu, Parsi, Hausa dan Turkiye.
Bagi umat Islam Malaysia yang tidak menguasai dan memahami Bahasa Arab, terjemahan khutbah ke Bahasa Melayu boleh diikuti menerusi portal https://manaratalharamain.gov.sa .
Dua pemuda Malaysia, Muhammad Mujahid Zaharudin dan Dr Ahmad Wifaq Mokhtar bersama-sama dua rakan penterjemah dari Indonesia bertanggungjawab untuk melakukan penterjemahan bahan-bahan seperti khutbah Jumaat, Hari Raya, Hari Arafah dan solat istimewa seperti gerhana matahari serta bulan.
“Kami bergabung dengan penterjemah dari Indonesia disebabkan persamaan dan kedekatan bahasa kita (Melayu) dengan mereka. Kami akan bergilir. Khutbah Arafah tahun ini giliran saudara kami dari Indonesia.
“Khutbah Raya pada esok harinya giliran saya, ia akan dibaca dalam bahasa Melayu. Khutbah Jumaat minggu ini oleh Dr (Ahmad) Wifaq, juga Bahasa Melayu,” kata Muhammad Mujahid ketika ditemui Bernama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked