Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA TUDM MAUT, DUA JURULATIH PARAH BOM MELETUP

DALAM NEGARA

ANGGOTA TUDM MAUT, DUA JURULATIH PARAH BOM MELETUP

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut sementara dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini.

GEMAS: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut sementara dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – JURULATIH TUDM KORBAN TERBAHARU LETUPAN BOM LEMPAR, MANGSA MAUT KINI DUA ORANG
ARTIKEL BERKAITAN – TENTERA MAUT SEMASA JALANI LATIHAN MENEMBAK, BOM LEMPAR – TUDM

Memetik laporan media tempatan, kejadian difahamkan berlaku kira-kira 12 tengahari ketika kesemua mangsa sedang menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Menurut sumber, bom lempar berkenaan meletup di dalam ‘bunker’.

“Kejadian berkenaan membabitkan dua jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pengkalan Udara Sendayan (Instar).

“Mangsa yang maut adalah penuntut manakala dua jurulatih yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, TUDM akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: TENTERA MAUT SEMASA JALANI LATIHAN MENEMBAK, BOM LEMPAR – TUDM – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: JURULATIH TUDM KORBAN TERBAHARU LETUPAN BOM LEMPAR, MANGSA MAUT KINI DUA ORANG – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading