Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURULATIH TUDM KORBAN TERBAHARU LETUPAN BOM LEMPAR, MANGSA MAUT KINI DUA ORANG

DALAM NEGARA

JURULATIH TUDM KORBAN TERBAHARU LETUPAN BOM LEMPAR, MANGSA MAUT KINI DUA ORANG

Seorang jurulatih yang parah dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari semalam, meninggal dunia pada malam tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih yang parah dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari semalam, meninggal dunia pada malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – TENTERA MAUT SEMASA JALANI LATIHAN MENEMBAK, BOM LEMPAR – TUDM
ARTIKEL BERKAITAN – ANGGOTA TUDM MAUT, DUA JURULATIH PARAH BOM MELETUP

Mangsa dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Segamat.

Ia menjadikan angka yang terkorban kepada dua orang termasuk seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan yang maut di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

“Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih yang cedera dalam kejadian yang sama masih menerima rawatan di Hospital Segamat.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: TENTERA MAUT SEMASA JALANI LATIHAN MENEMBAK, BOM LEMPAR – TUDM – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: ANGGOTA TUDM MAUT, DUA JURULATIH PARAH BOM MELETUP – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading