KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan kematian seorang anggota TUDM ketika menjalani latihan menembak dan bom lempar, hari ini.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian yang turut mencederakan dua jurulatih itu berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan.
Dalam kejadian sekitar 12.10 tengah hari tadi, mangsa yang juga penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Dua jurulatih yang mengalami kecederaan itu pula diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.
“Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota TUDM yang terlibat dan menyerahkan kes kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.
“Maklumat perkembangan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.—AlHijrah Online
Pingback: ANGGOTA TUDM MAUT, DUA JURULATIH PARAH BOM MELETUP – ALHIJRAH ONLINE