Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN WANITA WARGA ASING BERHUBUNG KES TETAK LELAKI DI AYER TAWAR

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN WANITA WARGA ASING BERHUBUNG KES TETAK LELAKI DI AYER TAWAR

Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

IPOH: Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu pada 5.15 petang semalam.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis turut menjumpai beberapa barang termasuk dua batang besi cangkuk tandan kelapa sawit, sehelai tuala dan sebuah motosikal milik mangsa yang berada berdekatan mayatnya.

Katanya polis kemudian menahan wanita itu di kawasan Ayer Tawar pada kira-kira 3.30 pagi tadi dan suspek direman tujuh hari hingga 1 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri berkata bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka-luka kesan tetakan senjata tajam dan luka tetakan pada bahagian kepala.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading