Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KILANG ARAK DIARAH TUTUP SERTA-MERTA – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

KILANG ARAK DIARAH TUTUP SERTA-MERTA – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Semua kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ianya hanyalah untuk keperluan asas sahaja. Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu MKN hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading