Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMUNITI DUNIA PERLU DESAK PENGHAPUSAN PENDUDUK GAZA DIHENTIKAN – ANWAR 

DALAM NEGARA

KOMUNITI DUNIA PERLU DESAK PENGHAPUSAN PENDUDUK GAZA DIHENTIKAN – ANWAR 

KUALA LUMPUR: Komuniti antarabangsa perlu segera mendesak agar pembantaian dan penghapusan rakyat Palestin di Gaza dihentikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Foto AFP

KUALA LUMPUR: Komuniti antarabangsa perlu segera mendesak agar pembantaian dan penghapusan rakyat Palestin di Gaza dihentikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Perdana Menteri berkata perkara itu dinyatakan oleh beliau kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, dalam perbincangan menerusi telefon tentang pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi semasa di Palestin, malam tadi. 

“Saya nyatakan bahawa komuniti antarabangsa perlu segera mendesak pembantaian dan penghapusan rakyat Gaza dihentikan.

“Malaysia akan terus komited menyuarakan pendirian tegas negara mengenai nasib rakyat Palestin di pentas dunia,” katanya dalam  hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini. 

Beliau berkata Presiden Turkiye itu juga menzahirkan harapan untuk memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pertahanan.

Panggilan telefon itu juga dimanfaatkan oleh Anwar untuk sekali lagi mengundang Erdogan ke Malaysia. 

Menurut Anwar, kedua-dua mereka turut berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri selain mendoakan masing-masing terus diberikan kesihatan yang baik untuk memimpin negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading