Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONFLIK YAMAN: HOUTHI TEMBAK JATUH DRON SAUDI

DUNIA

KONFLIK YAMAN: HOUTHI TEMBAK JATUH DRON SAUDI

SANA’A: Militia Houthi di Yaman mendakwa menembak jatuh dua dron milik tentera pakatan Saudi semalam, demikian laporan agensi Xinhua.

Menurut kenyataan jurucakap Houthi, Yahya Sarea, dron pertama ditembak jatuh di Razih di utara Saada dan dron kedua di Salef di Hodeidah, Yaman.

Tiada pengesahan dari Arab Saudi yang mengetuai pakatan tentera menentang kumpulan Houthi yang disokong Iran sejak empat tahun lalu.

Pakatan diketuai Arab Saudi bertindak campur tangan dalam perang saudara di Yaman sejak Mac 2015 selepas Houthi memaksa kerajaan sah Yaman dan presidennya, Abd-Rabbu Mansour Hadi hidup dalam buangan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba menamatkan peperangan itu yang mengorbankan puluhan ribu nyawa dan mengheret Yaman ke dalam ambang kebuluran. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading