Siapa kata dakwah itu eksklusif atau hanya boleh dilakukan golongan agamawan? Sebagai orang media, penulis merasakan pandangan ini agak sempit jika diterima bulat-bulat dalam era maklumat di hujung jari.
Dakwah seharusnya tugas kita semua, bukan hanya di tangan agamawan. Ia juga bukan hanya tentang ilmu tetapi tentang adab dan akhlak serta natijah di sebaliknya, mengajak golongan sasar ke arah kebaikan.
Ia juga tentang bagaimana kita mencari kebaikan di dalam lumpur, tidak menolak permata hanya kerana ia terlihat seperti kaca dan bersangka baik pada setiap makhluk diciptakan Sang Khalik.
Barangkali, ini antara natijah di sebalik program terbaru terbitan TV AlHijrah, Platform yang akan mula bersiaran pada 3 Januari ini setiap Jumaat jam 9 malam selama lapan minggu berturut-turut.
Program terbaru TV AlHijrah bagi tahun 2020 itu adalah program berkonsepkan infotainment, dakwah dalam hiburan yang menggabungkan kelompok artis selebriti dan agamawan/pendakwah.
Naratif program rakaman selama sejam itu cukup mudah, di mana artis jemputan akan menyanyikan sebuah lagu dengan mesej ketuhanan, kemanusiaan dan kebaikan sebelum disusuli kupasan tazkirah oleh agamawan jemputan.
Misalnya, Raihan menyanyikan lagu “demi masa” dan selepas habis lagu itu, ustaz jemputan akan mengupas isu masa dari sudut agama supaya manfaatnya nanti bukan hanya sampai kepada penonton di studio tetapi di rumah atau di mana-mana sahaja program itu ditonton.
Jika diukur pada angka, program bermula Jumaat ini membabitkan 200 minit persembahan oleh 40 artis dengan 160 minit tazkirah dan pembabitan 320 tenaga kerja TV AlHijrah.
Antara artis menjayakan program Platform adalah Lah Ahmad, Adeep Nahar, Mawi, Ella, Farah Diana Anuar, Azmi Caliph Buskers, Drama Band, Salam Musik, Ikhwan Fatanna, Unic, Hijaz, Rabbani, Aizat Amdan, Lan Solo dan Syahir Zawawi.
Sesi perkongsian tazkirah pula disampaikan PU Rozi, Amin Idris, Ustaz Zul Ramli, Prof Datuk Dr Muhaya, Ustaz Ghazali, Ustaz Hafiz Haneefa dan Ustaz Roslan.
Berbalik kepada natijah dakwah dalam lagu, penulis kira pembaharuan dilakukan TV AlHijrah sebagai sesuatu yang segar dan seimbang.
Sepertimana TV AlHijrah menunjukkan integriti dan keberaniannya sebagai organisasi media yang mengupas isu-isu rakyat marhaen melalui program hardtalk Analisis, diterajui Syafinaz Yunus, Platform yang diterbitkan Nurainah Nabeeha Hassan juga menjanjikan kelainan sejajar dengan peranan TV AlHijrah sebagai TV Islamik.
“Objektif utama penerbitan Platform adalah untuk memberikan gambaran jelas kepada masyarakat bahawa dakwah boleh disampaikan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk medium nyanyian,” kata Nurainah Nabeeha.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris dalam sidang media 25 Disember lalu menegaskan yang TV Islamik itu akan meneroka pendekatan baru dan memberikan ruang kepada semua pandangan kecuali politik ekstrim.
“Hijrah sebagai TV Islamik kita perlu mendepani semua isu-isu masyarakat,” kata Namanzee.
Apa yang penting di sini, sebagai sebuah TV Islamik, TV AlHijrah tentunya mengambilkira ukuran maqasid syariah sebagai rujukan dalam setiap penerbitan program di stesen televisyen itu.
Hal ini diakui tim penerbitan Platform bahawa penerbitan program itu bukan hanya bersandarkan tuntutan komersial dan hiburan semata-mata, sebaliknya mendekati khalayak penonton dengan cara berbeza.
Ketika ia terpaksa mengambil kira rating dan komersial sebagai faktor penting untuk kekal bersaing dalam industri media yang suram, tentunya TV AlHijrah menyedari mengenai keseimbangan di antara tanggungjawab sebagai TV Islamik, kehendak penonton dan pasaran.
Pun begitu, selain program Platform, TV AlHijrah juga menjanjikan banyak lagi program baharu antaranya rancangan bual bicara Belaian Kasih, Al-Qariah dan Maidatul Quran selain menerbitkan dramanya sendiri bertajuk “Bos, Mama Kirim Salam”.
Al-Qariah yang akan disiarkan jam 7.30 malam setiap Jumaat bermula 3 Januari ini juga membincang dan mengupas persoalan kemuskilan hari kiamat dan pengajaran di sebaliknya oleh tokoh ilmuan.
Walaupun Al-Qariah ini disasarkan kepada kelompok 50 tahun ke atas, penulis merasakan ia akan mendapat tempat dalam kalangan penonton muda yang dahagakan ilmu tentang persediaan akhir zaman.
Nak tahu mengenai kemunculan Yakjuj dan Makjuj dan kerosakan dibawanya, Imam Mahdi, Al Masih Dajjal, Daabbatul Ardh, peperangan besar antara Islam dan Yahudi, turunnya Nabi Isa, matahari terbit dari barat dan Kaabah dihancurkan golongan zu-suwaiqatain (memiliki kaki dan betis kecil), jemputlah menonton Al-Qariah jam 7.30 malam bermula Jumaat ini.
Akhir sekali, setiap perkara yang dilakukan itu bergantung kepada niat atau natijah di sebaliknya dan semoga program-program baharu di TV AlHijrah ini akan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada rakyat Malaysia, khususnya penonton dan pendokongnya yang setia. — AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit AlHijrah Media Corporation.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager