Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: CHINA LAPOR LEBIH BANYAK KEMATIAN KES BAHARU

DUNIA

KORONAVIRUS: CHINA LAPOR LEBIH BANYAK KEMATIAN KES BAHARU

KUALA LUMPUR: China melaporkan 46 kematian baharu akibat novel koronavirus pada Jumaat, menjadikan angka kematian dicatatkan sebanyak 259 setakat ini.

Kedutaan China di Malaysia dalam status terkini yang dimuat naik media sosial Facebook hari ini menyatakan, 45 kematian baharu dicatatkan di pusat wabak berkenaan berlaku di Wilayah Hubei manakala satu kematian direkodkan di bandar Chongqing pada malam Jumaat.

Pada hari yang sama, China melaporkan sebanyak 2,102 kes baharu disahkan dengan 268 kes kritikal, menjadikan sebanyak 11,791 kes jangkitan disahkan setakat ini.

“Sehingga jam 12 malam 31 Januari, Suruhanjaya Kesihatan Negara menerima sejumlah 11,791 kes (masing-masing kurang satu kes selepas pengesahan di Wilayah Jiangxi, Shaanxi dan Gansu) dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,795 kes serius, 259 kematian, dan 243 orang dibenarkan keluar hospital,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak 17,988 orang disyaki dijangkiti setakat ini. Sementara itu, seramai 136,987 keluarga pesakit sudah dikesan, 6,509 orang dibenarkan keluar daripada pemantauan perubatan dan 118,478 masih dikuarantin. — BERNAMA 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading