PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kampung Baru, yang juga merupakan ikon di Kuala Lumpur, dibangunkan serta dimajukan seiring dengan pembangunan pesat Kuala Lumpur, dengan mengambil kira keutamaan hak dan kepentingan orang Melayu.
Dalam titahnya pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Istana Melawati di sini hari ini, Seri Paduka memaklumkan kerajaan sedang berusaha untuk membangunkan semula Kampung Baru menerusi pelan pembangunan yang telah dirangka dengan teliti.
Seri Paduka dalam titahnya menyuarakan harapan agar pembangunan semula Kampung Baru dapat direalisasikan dengan mengambil kira keutamaan hak dan kepentingan orang Melayu memandangkan Kampung Baru merupakan simbol penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur.
Seri Paduka bertitah baginda telah disembah maklum bahawa rancangan pembangunan semula Kampung Baru adalah untuk memperkasakan masyarakat Melayu di Kuala Lumpur.
“Menerusi pembangunan semula ini, hak milik tanah akan kekal kepada orang Melayu. Selain itu warisan seni bina dan budaya Melayu akan terus kekal dan diperkasakan,” titah Seri Paduka.
Dalam titahnya, Seri Paduka menzahirkan rasa amat gembira dan bersyukur melihat usaha dan komitmen kerajaan dalam membangunkan Wilayah Persekutuan.
Titahnya pelbagai aktiviti dan inisiatif telah dilaksanakan secara berterusan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan penyertaan pelbagai kategori kumpulan sasar khususnya rakyat dari kumpulan B40, yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat, meringankan kos sara hidup dan menaikkan taraf hidup rakyat.
Antara inisiatif yang dilihat memberikan impak secara terus kepada rakyat adalah perkhidmatan bas percuma Go-KL, pemilikan rumah kepada golongan asnaf serta kemudahan penginapan dengan kadar sewaan yang rendah bagi golongan B40 yang berstatus bujang yang baru berhijrah mencari rezeki di ibu kota Kuala Lumpur.
“Beta berharap inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat dinikmati oleh rakyat Wilayah Persekutuan sekaliannya, tanpa mengira bangsa mahupun agama,” titahnya.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah agar pembangunan sukan tidak dilupakan kerana ia merupakan wadah terbaik dalam menyatukan dan menyihatkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.
“Beta berharap agar program-program sukan di Wilayah Persekutuan terus diperkasa dan lebih ramai atlet daripada Wilayah Persekutuan dapat dilahirkan untuk mengharum nama negara di persada antarabangsa,” titah Seri Paduka.
Turut hadir di majulis hari ini ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Seri Paduka turut menitahkan para penerima darjah kebesaran bintang dan pingat Wilayah Persekutuan untuk menjaga maruah, integriti dan nama baik diri bagi mengekalkan kemuliaan dan martabat anugerah yang dikurniakan.
Seramai 188 individu dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun ini. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests