Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPULAN “RIAK APA HARI NI” MENGUNDANG DOSA ATAS NAMA GURAUAN

DALAM NEGARA

KUMPULAN “RIAK APA HARI NI” MENGUNDANG DOSA ATAS NAMA GURAUAN

KUALA LUMPUR: Kumpulan Facebook “Riak Apa Hari Ini” yang menjadi platform netizen memaparkan kelebihan masing-masing disaran untuk menukar nama atau menutup terus laman tersebut.

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkata, platform itu dikhuatiri mengundang kemungkaran dan dosa.

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” tulisnya di laman Facebook rasmi beliau.

May be an image of 2 people and headscarf

Perkongsian beliau itu mendapat sokongan ramai dengan rata-rata bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan Ustazah Asma’.

Setakat berita ini ditulis kumpulan Facebook “Riak Apa Hari Ini” disertai lebih 137,500 ahli.

Semakan AlHijrah Online di kumpulan “Riak Apa Hari Ini”, seorang pengguna Facebook Nurul Fairuz yang mengaku sebagai pentadbir kumpulan menghormati teguran yang diberikan Ustazah Asma’.

“Kami para admin terima seadanya nasihat. Kita manusia masih bertuhankan Allah SWT.

“Niat kami hanya untuk berkongsi suka-suka dan tiada niat untuk memperlekehkan golongan miskin dan sederhana,” tulis Nurul Faiz. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading