Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISMAIL SABRI PERJELAS SOP RENTAS DAERAH

DALAM NEGARA

ISMAIL SABRI PERJELAS SOP RENTAS DAERAH

KUALA LUMPUR: Sekatan rentas daerah yang dikuatkuasakan ketika ini telah menimbulkan kekeliruan beberapa pihak.

Ia susulan orang ramai keliru sama ada prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk rentas daerah berpandukan daerah polis atau daerah pentadbiran (pegawai daerah).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekatan rentas daerah yang dikuatkuasakan adalah berpandukan daerah pentadbiran.

“Ramai yang tertanya daerah apa yang kita gunakan kerana ada dua sempadan daerah pentadbiran dan daerah polis. Jadi mereka keliru.

“Kita tidak pernah guna daerah polis tetapi guna daerah pentadbiran di bawah pegawai daerah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian susulan aduan orang ramai yang dikompaun kerana merentas daerah polis sedangkan masih berada di dalam daerah pentadbiran.

Katanya kekeliruan itu telah diperbetulkan dan beliau juga sudah memaklumkan kepada pihak polis berhubung perkara itu.

Tambahnya individu yang dikompaun atas perkara tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pejabat kesihatan daerah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading