LEBIH 1.2 JUTA DIJANGKITI COVID-19 DI SELURUH DUNIA

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kes jangkitan COVID-19 direkodkan seluruh dunia, demikian menurut data terkini worldometer.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, 1,203,018 kes wabak COVID-19 dicatatkan dengan 64,743 kes maut.

Daripada jumlah keseluruhan individu dijangkiti sebanyak 246,698 individu telah sembuh dan didiscaj dari hospital.

Majoriti kes maut membabitkan warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 311,635 kes dan 8,454 kematian, diikuti Sepanyol dengan 126, 168 kes jangkitan dan 11,947 kes maut.

Itali kekal dengan jumlah kematian tertinggi sebanyak 15,362 kes dengan 124,632 individu dijangkiti COVID-19 di negara Eropah itu.

China di tangga keempat dengan 30 kes baharu menjadikan keseluruhan 81,669 kes dengan 3,329 kes kematian, termasuk tiga kes maut baharu semalam.

Malaysia berada pada kedudukan ke-30 keseluruhan negara yang terkesan di dunia dengan 3,483 kes jangkitan dan 57 kes maut.

Koranavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 bermula di Wuhan, China pada Disember lalu kini menular di 206 negara dan wilayah di seluruh dunia, termasuk dua kapal cruise, demikian menurut data laman sesawang statistik itu. – AlHIjrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

Leave a Reply