KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau sebaliknya hanya akan diketahui pada 10 April depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan mengenai tempoh PKP yang bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19, tidak seharusnya berdasarkan ramalan semata-mata.
Beliau berkata keputusan penting itu perlu dibuat berdasarkan perkiraan sains dan fakta.
“Biar saya melihat kepada data, data itu akan memberitahu kita sama ada ia (PKP) dilanjutkan atau tidak.
“Saya boleh membuat ramalan tetapi realiti harus berdasarkan sains dan fakta. Menjelang 10 April kita akan dapat membuat keputusan sama ada dilanjutkan atau tidak,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya yang disiarkan stesen televisyen tempatan di sini hari ini.
Semalam, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, rakyat Malaysia tidak boleh menghadiri perhimpunan ramai selama enam bulan hingga setahun jika PKP tidak dilanjutkan.
“Kita bergantung kepada situasi semasa jadi sekarang ini kita tak tahu lagi. Walaupun kita ada ramalan (bahawa) ada peningkatan kes di pertengahan bulan April, tapi realitinya kena lihat data kita.
“Contohnya hari ini kalau (berdasarkan) Malaysia Institute of Economic Research telah ramalkan hari ini kita mungkin ada 400 kes ke atas tetapi pada hakikatnya kita baru ada 150 kes (jangkitan COVID-19).
“Bererti kalau kita semua bersama duduk di rumah, basuh tangan dan pastikan penjarakan satu meter mungkin kita dapat putuskan rantaian jangkitan virus COVID-19 ini,” katanya menegaskan kerjasama semua pihak amat penting bagi memutuskan rantaian wabak itu.
Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu hingga 14 April depan bagi mengekang penularan COVID-19.
Setakat jam 5 petang tadi, empat kematian baharu direkodkan menjadikan keseluruhan 57 maut di Malaysia.
Sebanyak 150 kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 3,483 kes jangkitan dengan 915 pesakit telah sembuh dan didiscaj daripada wad.
Daripada jumlah itu 99 pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 kes bergantung kepada alat bantuan pernafasan. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager