KUALA LUMPUR: Menyedari tempoh sukar dilalui rakyat Malaysia akibat penularan wabak COVID-19, AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) menyajikan tiga program istimewa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan hingga 14 April depan.
Tiga program ini sempena kempen #MusaadahCOVID19 yang digerakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi memanfaatkan keberadaan penonton di rumah sepanjang PKP.
Program pertama adalah QuranTime Musim Kedua iaitu sebuah rancangan baharu diterbitkan TV AlHijrah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Warisan Ummah Ikhlas.
Menggunapakai tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah, program ini menampilkan pentadabbur Al-Quran, Tuan Fazrul Ismail sebagai hos rancangan yang bersiaran setiap Isnin hingga Ahad jam 12 tengah hari hingga 1 petang sepanjang tempoh PKP.
Apa yang menariknya, melalui program selama sejam itu, penonton seisi keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan terdiri daripada ilmuan agama, ahli akademik dan ramai lagi.
Tetamu jemputan ini akan bersama-sama mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah.
TV AlHijrah menjadikan #QuranTime ini sebagai makanan jiwa mendidik rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, untuk bersama-sama menghadapi ujian wabak penyakit yang melanda dunia ini.
Program kedua pula adalah Ngaji On The Go iaitu sebuah rancangan yang disiarkan khusus buat hampir dua juta pelayar internet di platform Facebook TV AlHijrah yang disiarkan setiap jam 9 malam selama 30 minit untuk 13 episod bermula 2 April lalu.
Program ini adalah pendekatan untuk mempelajari kitab suci Al-Quran merentasi jarak secara dua hala bersama pengemudi, Ustazah Amie Sofia Ahmad yang ditemani rakan-rakan selebriti seperti Siti Fazurina Mohd Famir, Ustazah Sharifah Khasif, Ustazah Noni, Ustaz Don, Ustazah Nazrah dan ramai lagi memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran sambil mempelajari tajwid dan makhraj Al-Quran serta tadabbur kisah dalam kalam Allah.
Ketiga, tim penerbitan Berita AlHijrah meningkatkan produktiviti dengan memanjangkan waktu siaran berita dari 30 minit kepada sejam setiap jam 8 malam dalam usaha menyajikan berita menyeluruh kepada rakyat sepanjang tempoh PKP.
Antara kelainan dipaparkan dalam segmen Berita AlHijrah adalah kekerapan sesi interaksi secara langsung melalui skype dan talian telefon dengan sumber berita di lapangan bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat sudut pandang berita yang lebih personal.
Antara program menarik lain di TV AlHijrah ialah Maidatul Quran, Analisis bersama Finaz Yunus, 60 Minit Bersama Cofee With Mufti, Assalamualaikum dan Al-Qariah.
Malah TV AlHijrah melalui inisatif #MusaadahCOVID19 turut melancarkan Pakej Stimulus Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memberikan slot airtime iklan percuma bernilai RM7.65 juta kepada kelompok IKS terjejas akibat COVID-19.
Selaku entiti tergolong dalam kelompok perkhidmatan perlu atau essential service sepanjang PKP, TV AlHijrah akan terus komited untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia khususnya penonton setia TV Islamik di negara ini. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager