Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYRIA: LEBIH 110 SERANGAN UDARA, DUA HOSPITAL DITUTUP DI IDLIB

DUNIA

SYRIA: LEBIH 110 SERANGAN UDARA, DUA HOSPITAL DITUTUP DI IDLIB

DARAT IZZA: Dua hospital di timur laut Syria antara yang terjejas dalam serangan udara yang dilancarkan Rejim Bashar Al-Assad dan sekutunya, Rusia, sejak semalam.

Hospital itu terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakan teruk. Tujuh warga Syria dilaporkan terbunuh dalam serangan dua hari itu.

Laporan TRTWorld yang memetik Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan, lebih 110 serangan dilancarkan Rejim Bashar dan Rusia yang menyasarkan beberapa lokasi di Idlib dan Aleppo dalam tempoh dua hari.

Selain hospital, kenderaan orang awam juga turut musnah dalam serangan udara itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan sejak Disember tahun lalu lebih 875,000 rakyat Syria, majoritinya kanak-kanak dan wanita terpaksa menjadi pelarian ekoran beberapa bandar utama di negara bergolak itu menjadi sasaran serangan.

Peningkatan krisis sejak empat hari lalu itu juga menyebabkan 40,000 orang lari meninggalkan Aleppo. — Agensi/AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading