LELAKI BUNUH 23 PENGHUNI TAHFIZ KEKAL DIPENJARA SELAMA PERKENAN AGONG
Seorang pemuda kekal ditahan di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
PUTRAJAYA: Seorang pemuda kekal ditahan di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan pemuda berumur 22 tahun itu selepas mendapati dapatan salah oleh Mahkamah Tinggi yang dikenakan terhadapnya itu adalah selamat dan seharusnya dikekalkan.
Sementara itu, panel yang sama menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi remaja, juga berusia 22 tahun terhadap tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Che Mohd Ruzima yang membacakan keputusan, berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah kuat dan menuding kepada satu arah iaitu pemuda berkenaan telah memanjat belakang pagar sekolah berkenaan bersama-sama dengan seorang lagi yang tidak dikenal pasti untuk menyebabkan kebakaran di sekolah tersebut yang menyebabkan 23 orang terkorban.
Beliau berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemuda itu bertanggungjawab memulakan kebakaran di sekolah tahfiz melalui keterangan ikut keadaan dan pemuda itu tahu bahawa perbuatannya itu bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.
“Kami bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi perbuatan PKK1 (pesalah kanak-kanak) memilih satu pemetik api daripada beberapa pemetik api yang ada dalam bilik tidurnya, menunjukkan PKK1 tahu pemetik api mana yang dia gunakan untuk memulakan kebakaran di bangunan sekolah tahfiz,” kata hakim Che Mohd Ruzima.
Beliau berkata kelakuan PKK1 tersebut boleh diterima di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan boleh dipertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keterangan ikut keadaan yang menyokong pembuktian kes prima facie terhadap pemuda itu.
Hakim itu juga berkata hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah (sekarang hakim Mahkamah Rayuan) tidak silap dalam keputusan beliau untuk menolak pembelaan alibi yang dikemukakan pemuda itu. Beliau berkata ini adalah kerana berdasarkan keterangan pembelaan dan keterangan di peringkat pendakwaan, pemuda itu berada di sekitar pagar belakang bangunan sekolah tahfiz sebelum kejadian kebakaran berlaku.
Berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan seorang lagi pemuda, hakim Che Mohd Ruzima berkata keputusan untuk melepas dan membebaskan pemuda itu daripada kesemua 23 pertuduhan di akhir kes pendakwaan adalah tepat dari segi fakta dan undang-undang.
Beliau berkata ini adalah kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa pemuda itu adalah orang yang menyebabkan bencana tubuh terhadap kesemua mangsa dan semasa dia melakukan perbuatan yang mendatangkan bencana tubuh, pemuda itu berniat untuk menyebabkan kematian.
Hakim Che Mohd Ruzima berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa pemuda kedua (PKK2) adalah orang kedua yang ada bersama-sama pemuda pertama memanjat pagar belakang bangunan sekolah tahfiz pada pagi kejadian.
Beliau berkata dalam pembuktian keterangan ikut keadaan untuk menyokong keterangan dua saksi pendakwaan, pihak pendakwaan bergantung kepada inferens yang dibuat ke atas kuakkan atau pembukaan yang wujud pada dawai pengadang di atas pagar belakang bangunan sekolah tahfiz itu.
Beliau berkata pihak pendakwaan berhujah berdasarkan saiz pembukaan kuakkan pada dawai besi itu yang tidak sebegitu besar, orang kedua yang masuk bangunan sekolah tahfiz itu bersama-sama dengan pemuda pertama adalah PKK2 berdasarkan saiz badannya yang kecil.
“Kami dapati wujud ruang dan luang keraguan pada fakta berkaitan kuakkan pada dawai pengadang di atas pagar belakang bangunan sekolah tahfiz tersebut. Oleh itu, inferens yang cuba diketengahkan pihak pendakwaan bagi menyokong keterangan dua saksi tidak selamat digunakan terhadap PKK2,” kata beliau.
Sebelum ini dua saksi pendakwaan telah memberi keterangan bahawa mereka ada melihat orang yang tidak dapat dikenali memanjat pagar belakang bangunan sekolah tahfiz bersama-sama pemuda pertama.
Hakim Che Mohd Ruzima berkata sebaliknya, fakta tersebut juga boleh menimbulkan inferens bahawa individu yang dilihat bersama-sama PKK1 memanjat pagar belakang bangunan sekolah tahfiz berkemungkinan adalah dua saksi lain yang turut berada di tempat kejadian.
Dalam keterangan pembelaan PKK1, beliau menafikan telah memanjat pagar bangunan sekolah tahfiz tapi mendakwa bahawa dia ada bersama-sama dengan rakan-rakannya iaitu PKK2 dan dua saksi berkenaan.
“Sekiranya wujud lebih daripada satu inferens maka inferens yang memihak kepada PKK2 perlulah didahulukan dan faedah kepada inferens tersebut perlulah diberikan keapda PKK2.
Pemuda itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana membunuh 23 individu dalam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua pemuda berusia 16 tahun ketika kejadian itu bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Peguam Haijan Omar mewakili kedua-dua pemuda manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling mewakili pihak pendakwaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager