Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CUBA LAKUKAN SAMUN MAUT DILANGGAR

DALAM NEGARA

LELAKI CUBA LAKUKAN SAMUN MAUT DILANGGAR

Dalam kejadian 6.39 pagi itu, tiga lelaki yang menaiki dua motosikal dipercayai cuba melakukan samun terhadap sebuah kereta apabila seorang daripada mereka memukul cermin kereta di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut ketika cuba menyamun sebuah kereta di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata dalam kejadian 6.39 pagi itu, tiga lelaki yang menaiki dua motosikal dipercayai cuba melakukan samun terhadap sebuah kereta apabila seorang daripada mereka memukul cermin kereta di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

“Akibat ketakutan, pemandu kereta telah memecut keretanya.

“Semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal dinaiki seorang suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek samun berusia 29 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya berjaya melarikan diri dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Ahmad Shukri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading