Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDAKWA BUNUH NENEK, CEDERAKAN MOYANG DI BALING

DALAM NEGARA

LELAKI DIDAKWA BUNUH NENEK, CEDERAKAN MOYANG DI BALING

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya dan mencederakan moyangnya di Kuala Ketil, Baling minggu lepas.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya dan mencederakan moyangnya di Kuala Ketil, Baling minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Farhan Zulkefli, 21, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Halimah Hashim, 65, antara 6.40 hingga 6.53 petang di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada 16 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Muhammad Farhan turut didakwa mencederakan Mariyam Ariffin, 80, dengan menggunakan sebilah parang di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan berkenaan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Noor memaklumkan tertuduh sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan laporan psikiatri  mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 6 Jan tahun hadapan untuk mendapatkan laporan berkenaan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas maut ditikam cucunya manakala ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada 16 Dis lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading