Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LAKUKAN KHIANAT CABUT BATU NISAN DI PERKUBURAN ISLAM SIBU DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI LAKUKAN KHIANAT CABUT BATU NISAN DI PERKUBURAN ISLAM SIBU DITAHAN

Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di sini yang telah menggemparkan masyarakat Muslim di bandar Sibu.

Sumber Facebook

SIBU: Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di sini yang telah menggemparkan masyarakat Muslim di bandar ini.

Perbuatan mencabut nisan itu tular di dalam media sosial sejak semalam apabila terdapat waris-waris yang mendakwa nisan di kubur ahli keluarga mereka telah dicabut selepas memeriksa sendiri keadaan di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata pada jam 1.21 tengah hari polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang memaklumkan batu nisan kubur bapa beliau telah dicabut dari kedudukan asal.

“Hasil siasatan pihak polis, jam lebih kurang 3.00 petang, seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki terlibat dalam kejadian ini telah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Bernama malam ini.

Beliau berkata suspek yang didapati mempunyai rekod jenayah itu diberkas di tanah perkuburan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan berhubung tindakan suspek mencabut batu nisan di tanah perkuburan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading