Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, DUA CEDERA DISERANG BABI TUNGGAL DI PANTAI REMIS

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, DUA CEDERA DISERANG BABI TUNGGAL DI PANTAI REMIS

Mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, telah diserang oleh haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya.

IPOH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila diserang seekor babi tunggal di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, telah diserang oleh haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya.

“Dua lagi mangsa masing-masing berumur 49 dan 60 tahun mengalami kecederaan ringan ketika mahu membantu mangsa daripada diserang babi tersebut.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan mengenai insiden itu pada 7.05 malam,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Anggota bomba membantu memberi pencahayaan kepada pihak polis untuk menembak babi tersebut,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 8.10 malam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading