Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membaiki bumbung rumahnya, di Lorong Pauh, Derga, dekat sini pagi tadi.

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membaiki bumbung rumahnya, di Lorong Pauh, Derga, dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang berusia 38 tahun, ditemui terbaring atas bumbung oleh ahli keluarganya dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden jam 11.46 pagi.

“Selepas memutuskan aliran elektrik, anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan dan mayatnya diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading