AMBIL DOS PENGGALAK SEBELUM 31 MAC UNTUK KEKAL STATUS VAKSINASI LENGKAP

PUTRAJAYA: Tempoh masa individu yang perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap, dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022.

Mereka yang terlibat dengan arahan itu ialah penerima vaksin jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya kumpulan terbabit masih belum mendapat dos penggalak, bermula 1 April 2022.

“Mereka perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

“Tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Februari 2022, kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022,” katanya dalam sidang media, hari ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply