Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONTAK RAPAT TERIMA DOS PENGGALAK, TIDAK BERGEJALA TIDAK PERLU KUARANTIN

DALAM NEGARA

KONTAK RAPAT TERIMA DOS PENGGALAK, TIDAK BERGEJALA TIDAK PERLU KUARANTIN

PUTRAJAYA: Individu yang telah menerima dos penggalak dan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19, tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya tidak bergejala, berkuat kuasa Selasa 1 Mac 2022.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu tersebut perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir terdedah kepada kes positif COVID-19.

Tambahnya, bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap tetapi tidak menerima lagi dos penggalak perlu menjalani kuarantin lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

“Bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.

“Untuk individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlu kuarantin selama tujuh hari,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading