LELAKI WARGA BANGLADESH DIDAKWA HERET KUCING SAMBIL MENAIKI MOTOSIKAL
SHAH ALAM: Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing. — Bernama
SHAH ALAM: Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
Monotosh, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara bersama-sama seorang lagi individu dengan kejam mengheret seekor kucing dewasa yang diikat dengan alat penjerut di atas jalan raya sambil menaiki motosikal sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan itu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sekitar kawasan perumahan Seksyen 31 di sini pada 7 Sept lepas mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaaan.
Jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Mohd Sharif Sabran mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain Monotosh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Peguam K Ragia Sri Devi yang mewakili OKS memohon jaminan minimum mengambil kira anak guamnya perlu menyara keluarganya di negara asal dengan gaji RM1,500 selain tidak mempunyai keluarga yang terdekat di Malaysia untuk membantu mengumpul wang jaminan yang tinggi.
“Lagipun pasport juga telah diminta untuk diserahkan kepada mahkamah dan anak guam saya tidak lari daripada mana-mana kes dan dia telah bekerjasama dari hari pertama, saya harap mahkamah boleh mempertimbangkan untuk wang jaminan dikurangkan kepada jumlah yang bersesuaian,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Monotosh untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat pada setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Nov ini.
Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan Mohd Sharif untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang individu warganegara asing yang sepatutnya dituduh bersama Monotosh hari ini namun gagal hadir ke mahkamah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked