Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEWAT DAFTAR MASUK PENERBANGAN PUNCA PERGADUHAN DI KLIA TERMINAL 1 – POLIS

DALAM NEGARA

LEWAT DAFTAR MASUK PENERBANGAN PUNCA PERGADUHAN DI KLIA TERMINAL 1 – POLIS

Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 Nov lepas.

Tangkap layar daripada video tular

PUTRAJAYA: Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata polis menerima laporan berkaitan insiden berkenaan daripada petugas syarikat penerbangan.

“Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azman berkata orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar dan palsu kerana tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading