AMALAN HAFAZ AL-QURAN RESEPI KEJAYAAN PENERIMA ANUGERAH CANSELOR EMAS UNITEN
Amalan menghafaz al-Quran sebelum melaksanakan tugasan menjadi resepi kejayaan graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Hasif Zikry Mohd Ridzwan sehingga dinobatkan penerima Anugerah Canselor Emas hari ini.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (kiri) menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada Muhammad Hasif Zikry Mohd Ridzwan (kanan) pada Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Ke-26 di Dewan Seri Sarjana, UNITEN hari ini.–fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Amalan menghafaz al-Quran sebelum melaksanakan tugasan menjadi resepi kejayaan graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Hasif Zikry Mohd Ridzwan sehingga dinobatkan penerima Anugerah Canselor Emas hari ini.
Anugerah berkenaan disampaikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada majlis konvokesyen UNITEN ke-26 di sini yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.
Ditemui Bernama selepas majlis berkenaan, Muhammad Hasif Zikry, 22, berkata beliau menjadikan amalan menghafaz al-Quran kira-kira sejam sehari atau dua muka surat sebagai rutin sebelum melaksanakan tugasan diberikan pensyarah.
“Biasanya lepas mengaji al-Quran, saya akan buat tugasan yang pensyarah berikan sebab saya perasan lepas mengaji itu semua kerja jadi mudah,” kata graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian).
Beliau yang juga pelajar Huffaz UNITEN berkata perkara lain yang perlu diberikan penekanan sebagai pelajar universiti adalah pengurusan masa.
“… kita memang kena pandai mengurus masa dengan baik sebagai pelajar sekiranya ingin berjaya,” kata anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.
Sementara itu, Muhammad Izzawani Zaidi yang juga graduan Orang Asli dalam Diploma Perakaunan berkata beliau teruja dapat menamatkan pengajian di peringkat tinggi serta menjadi inspirasi buat keluarga dan penduduk kampungnya.
“Saya berhasrat untuk sambung belajar lagi dan bercita-cita buka firma audit sendiri,” kata yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Pada majlis konvokesyen UNITEN ke-26, seramai 1,412 graduan bakal menerima skrol akademik dengan 30 pelajar Orang Asli berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma.
Ia sekali gus mencerminkan komitmen UNITEN dalam membuka peluang pendidikan tinggi kepada pelajar berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager