Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENSIJILAN HALAL JAKIM KEPADA GENTING TIADA KAITAN DENGAN PREMIS JUDI

DALAM NEGARA

PENSIJILAN HALAL JAKIM KEPADA GENTING TIADA KAITAN DENGAN PREMIS JUDI

Pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat Genting Malaysia Berhad tidak mempunyai kaitan dengan premis judi seperti isu yang tersebar.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat Genting Malaysia Berhad tidak mempunyai kaitan dengan premis judi seperti isu yang tersebar.

Sebaliknya, Bahagian Hab Halal JAKIM dalam kenyataan berkata, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diberikan kepada syarikat Genting Malaysia Berhad adalah meliputi premis-premis makanan yang dikelolakan oleh syarikat berkenaan di Genting Highlands.

Antara restoran terlibat adalah Jom Makan Street Food Restaurant & Kitchen dan Jom Makan SkyAvenue Restaurant & Kitchen.

“Selain itu, syarikat berkenaan juga sangat komited dalam mematuhi keperluan dan piawaian pensijilan halal Malaysia yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa sehingga dinobatkan sebagai Halal Champion negeri Pahang.” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, para pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu berita tanpa usul periksa supaya dapat mengelakkan kekeliruan pengguna lain.

Katanya, sebarang penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular juga boleh diperoleh melalui laman sesawang https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama.

Terdahulu, Genting Malaysia Bhd telah diiktiraf sebagai Juara Halal Negeri Pahang semasa acara Halal on Track Pahang 2024 yang diadakan baru-baru ini di Kuantan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading