Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIGA ARAB KUTUK KENYATAAN ISU PENEMPATAN ISRAEL DI PALESTIN

DUNIA

LIGA ARAB KUTUK KENYATAAN ISU PENEMPATAN ISRAEL DI PALESTIN

KAHERAH: Liga Arab mengutuk kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS)
Mike Pompeo bahawa AS tidak lagi menyifatkan penempatan Israel di Tebing Barat sebagai tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa.

Setiausaha Agungnya, Ahmed Aboul Gheit, memberi amaran perubahan pendirian AS ini akan menggalakkan peneroka haram Israel melakukan keganasan ke atas warga Palestin dan merosakkan prospek untuk mencapai keamanan.

Beliau menegaskan perubahan pendirian AS akan merendahkan legitimasi moral negara kuasa besar itu berhubung isu terbabit. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading