Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUJAHID LANCAR BUKU PENJELASAN KONSEP NEGARA RAHMAH

DALAM NEGARA

MUJAHID LANCAR BUKU PENJELASAN KONSEP NEGARA RAHMAH

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini melancarkan buku Penjelasan Konsep Negara Rahmah sempena Retreat Semakan Akhir Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019-2025 di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Majlis pelancaran buku yang menghimpunkan 10 artikel ditulis ilmuan terpilih itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Hadir sama timbalannya, Fuziah Salleh.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam laman Facebooknya berkata buku diterbitkan agensi agama itu bertujuan menjelaskan konsep Rahmatan Lil Alamin secara menyeluruh.

“Ia merangkumi konsep RAHMAH dalam kehidupan, pengurusan alam sekitar, tadbir urus, institusi keluarga, masyarakat majmuk, pengurusan masjid, perundangan, sosio ekonomi, pengurusan orang kurang upaya dan urusan muamalat,” katanya.

Beliau berkata pelancaran buku-buku konsep itu melengkapkan siri penerbitan buku penjelasan negara RAHMAH sedia ada. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading