MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP SAJAT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Ia selepas individu tersebut gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Waran tangkap dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Menurut laporan, prosiding untuk sebutan semula kes tersebut dijadual jam 9 pagi tadi, namun Muhammad Sajjad tidak kelihatan.

Peguamnya Zuri Zabuddin Budiman berkata anak guamnya akan diwajibkan hadir prosiding pada tarikh baharu kelak.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Sajat menangis dalam keadaan bergari. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply