Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAHKAMAH PARIS BATALKAN ‘AWARD AKHIR’ KES SULU, ARAH BAYAR KOS KEPADA MALAYSIA

DALAM NEGARA

MAHKAMAH PARIS BATALKAN ‘AWARD AKHIR’ KES SULU, ARAH BAYAR KOS KEPADA MALAYSIA

Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya “Award Akhir” yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022, dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos berjumlah €200,000 kepada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya “Award Akhir” yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022, dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos berjumlah €200,000 kepada Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Dis, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan pada awal pagi tadi.

Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Award Akhir’ itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.

“Sehubungan itu, mahkamah membatalkan sepenuhnya  keputusan yang didakwa sebagai ‘Award Akhir’ yang dikeluarkan oleh penimbang tara. Malaysia yakin kemenangan ini akan menamatkan semua cubaan tidak berasas daripada penuntut Sulu (serta pembiaya litigasi mereka, Therium) untuk memeras wang dan aset daripada rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus mempertahankan dirinya dengan tegas terhadap sebarang tindakan undang-undang selanjutnya yang difailkan oleh penuntut Sulu.

Mahkamah Rayuan Paris sebelum ini telah menolak pengiktirafan dan pelaksanaan ‘Partial Award’ pada 6 Jun 2023, dan Mahkamah Agung Perancis mengekalkan keputusan tersebut pada 6 Nov 2024.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia terus berkomitmen mempertahankan kedaulatan, imuniti dan kepentingan negara daripada tuntutan tidak berasas ini.

Sebelum ini, lapan warganegara Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu yang telah pupus memulakan prosiding timbang tara di Sepanyol, menuntut pampasan berjumlah berbilion terhadap Malaysia berhubung Sabah.

Pada Mac 2019, sebuah mahkamah di Madrid melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes tersebut.

Pada 28 Feb 2022, Stampa mengeluarkan ‘Award Akhir’ berjumlah USD14.9 bilion memihak penuntut, melalui proses timbang tara yang tidak sah kerana pelantikannya telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading