MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTUSKAN HUKUMAN SEBAT DIJALANKAN BERASINGAN BAGI PESALAH PELBAGAI TUDUHAN
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan secara majoriti bahawa hukuman sebat perlu dikenakan secara berasingan kepada pesalah yang disabitkan dengan pelbagai tuduhan.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan secara majoriti bahawa hukuman sebat perlu dikenakan secara berasingan kepada pesalah yang disabitkan dengan pelbagai tuduhan.
Keputusan itu dikemukakan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais, dalam kes melibatkan seorang kelindan lori M. Santanasamy yang disabitkan atas tiga pertuduhan memiliki dadah.
Hakim Abu Bakar dan Hakim Rhodzariah membentuk majoriti manakala Hakim Nallini tidak bersetuju.
Hasil daripada keputusan itu, Santanasamy, 47, akan menerima 20 sebatan berbanding 10 sebatan.
Ketika menyampaikan keputusan majoriti, Hakim Abu Bakar berkata tiada peruntukan berkanun di Malaysia yang menyatakan sama ada hukuman sebatan perlu dijalankan secara serentak atau berasingan.
Beliau berkata Seksyen 288(5) Kanun Tatacara Jenayah hanya menyatakan bahawa orang dewasa boleh menerima maksimum 24 sebatan manakala pesalah muda dihadkan kepada 10 sebatan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan hukuman sebat tidak boleh dijalankan serentak kerana pihak berkuasa undang-undang jelas melarangnya.
Hakim Abu Bakar berkata terdapat juga duluan undang-undang mencukupi di Malaysia dan Singapura yang memberikan alasan mengapa sebatan tidak boleh dilaksanakan serentak.
Jika Parlimen berhasrat supaya hukuman sebat dilakukan serentak, undang-undang berkaitan pasti telah digubal, katanya.
“Perkara ini menunjukkan dengan jelas bahawa sebatan harus dijalankan secara berasingan dan bukannya serentak,” katanya.
Hakim Abu Bakar berkata badan perundangan telah memilih untuk tidak membenarkan sebatan secara serentak dan adalah tidak wajar mahkamah untuk campur tangan dalam kuasa itu dan memerintahkan hukuman sedemikian dijalankan serentak.
Dalam pendapat berbeza, Hakim Nallini menekankan kepentingan keadilan dan kesesuaian dalam menentukan sama ada sebatan perlu dilaksanakan secara serentak atau berasingan.
Beliau berkata ketiadaan peruntukan undang-undang yang jelas menyatakan sama ada hukuman sebat perlu dijalankan serentak atau berasingan tidak secara automatik bermaksud bahawa mahkamah tidak boleh menggunakan budi bicara.
“Jika benar ia hasrat Parlimen untuk tidak memberikan ruang bagi hukuman sebat dijalankan serentak, ia sepatutnya dinyatakan dengan jelas. Mahkamah perlu mengekalkan kuasa menjatuhkan hukuman untuk memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.
Santanasamy pada mulanya dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2020 atas tuduhan mengedar 83.03 gram methamphetamine.
Dia juga dikenakan hukuman 11 tahun penjara dan 10 sebatan kerana memiliki 10.13 gram heroin dan dua tahun penjara kerana memiliki 7.48 gram ganja.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Feb 2018. Rayuannya telah ditolak Mahkamah Rayuan pada Julai 2022.
Pada 1 Julai lepas, Mahkamah Persekutuan meminda pertuduhan lelaki itu daripada mengedar kepada memiliki dadah, menyebabkan dia dikenakan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan, yang akan dijalankan serentak, menjadikan jumlah hukuman penjara selama 11 tahun.
Santanasamy diwakili peguam Muhammad Amirrul Jamaluddin dan Afifuddin Ahmad Hafifi manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Mohd Fairuz Johari dan Noorhisham Mohd Jaafar bagi pihak pendakwaan.
Peguam Wan Mohammad Arfan Wan Othman mewakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengambil bahagian dalam prosiding itu sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests