Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PEKEBUN DURIAN RAUB

DALAM NEGARA

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PEKEBUN DURIAN RAUB

Barisan peguam plaintif

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 204 pekebun durian di Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas berpuas hati dengan hujah pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva.

Choon Jern yang ditemui media berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dua alasan iaitu pertama, notis-notis pengusiran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bukan merupakan keputusan atau tindakan yang berada di bawah lingkungan semakan kehakiman.

Mahkamah turut menolak permohonan pekebun untuk meneliti skim yang diberikan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dan Royal Pahang Durian Resources.

Hal ini kerana notis-notis pengusiran bukan keputusan yang boleh dicabar di bawah bidang kehakiman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Ui pula berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan mahkamah namun akan mengambil keputusan untuk membuat rayuan keputusan di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pahang bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat hilang hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading