Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERMOHONAN I-SINAR LANCAR

DALAM NEGARA

PERMOHONAN I-SINAR LANCAR

PUTRAJAYA: Permohonan kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka pada Isnin lalu setakat ini berjalan lancar sama ada melalui medium digital atau fizikal.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi mereka yang layak dan maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP, sistem akan memberi kelulusan secara automatik dengan keputusan pertama akan diketahui pada 4 Januari 2021.

“Bersabarlah sementara KWSP memproses permohonan yang diterima. InsyaAllah, bayaran pertama akan dibuat pada 11 Januari 2021,” katanya.

Tambahnya, kemudahan i-Sinar itu diharap dapat mengurangkan beban aliran tunai perbelanjaan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-34: Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN), hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading