Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIWP, YADIM BANTU KEKANG KEMISKINAN HAID

DALAM NEGARA

MAIWP, YADIM BANTU KEKANG KEMISKINAN HAID

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyediakan tuala wanita percuma bagi mengekang isu kemiskinan haid dalam masyarakat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kemiskinan haid merupakan isu global yang memberi kesan kepada kelompok miskin bandar.

Tambahnya, usaha dan kempen kesedaran perlu digiatkan dalam masyarakat.

“Sebagai permulaan, Kedai @maiwphq dan YADIMart @YadimOfficial menyediakan tuala wanita percuma.

“Boleh dapatkan di rak Gerobok Rezeki Kedai MAIWP dan Bank Makanan YADIMart,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau.

Zulkifli menganggap usaha tersebut akan diteruskan menerusi sokongan agensi-agensi di bawah kementeriannya kerana ia berkait rapat dengan pelbagai akar permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat serta penderma infaq dalam membantu usaha-usaha yang agensi-agensi dibawahnya.

Orang ramai boleh melakukan sumbangan menerusi akaun YADIM (5660 1062 5428 – Maybank) atau menerusi laman web https://www.yadim.com.my/v2/pilihan-infaq/ –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading